Kedai Borong Jajan Chow Kit Kuala

Share

Assalamualaikum ..

Alkisahnya nak cari doorgift untuk kenduri ai lerr .. Memandangkan kami buat satu je kenduri jadi tugas dibahagi la kedua-dua keluarga. Belah pompuan incharge doorgift yeayy which is cekk sukaaa sebab dari dulu dok berangan nak decide sendiri. Alhamdullilah takde orang nak argue and semua setuju bulat-bulat2 idea ai hikss..Ideanya nak letak cekedis sajorrr .. Sbb bila saya pi kenduri saya suka sangat bila orang kasi jajan and air. Survey punya survey jumpala satu kedai borong dekat KL ni iaitu Fantasy Jungle Food. Banyak cawangan so saya pi has paling dekat dengan umah. Cawangan Setapak ke Wangsa Maju ntah..Mari kita terjah apa yang best dekat sini.

KEROPOK


Memang syurglaa sangatlahh semua jenis ada dijual borongg huwaa rasa mcm nak bukak kedai runcit plak tengok harga murah..kopok yang biasa orang dok bagi kenduri tu mmg bersepah lah TAM TAM, MI MI, BE BE has tu palingebung0.20. Rata2 keropok RM0.20-RM0.50 sebungkus. Ni yang jenis kecik la. Depa akan jual dalam bungkus besaq yg ada 30-40pieces.


Haa ni keropok favorite. Chipster besaq ada 10 peket RM24.50. Satu jatuh RM2.45 sajee .. Bayangkan kalo beli dekat kedai sure RM3.00 ++ nak nak seven E ka RM4.50 kott tskkkk

KEREPEK
Kerepek pon ada jugak tapi tak banyak sebab sini bukan pemborong kerepek .. Tengok2 je .. Mula2 ada jugak idea nak buat kerepek beli timbang and seal tapi susah nak bajet akan dapat berapa bungkus and takut tak cukupuh tangu nak kabena nebak pack h banyak jemputan semua dekat 3000pax matilanakk.


antara kerepek yang ada. Space terpencil jek .. Bolehla untuk yang nak buat majlis kecilan cukup la ..





 APOLLO & SWISS ROLL
Apollo & swiss roll mmg ada dalam list dalam benda yang nak masuk dalam goodie beg so mmg saya terjah terus sebab murahh jekk wehhh .. Siap beli extra untuk koleksi dirumah hahah ..
>RM5.20 sekotak (24 pieces / box) untuk semua flavor Apollo
>RM5.50 sekotak (24 pieces / box) untuk semua flavor Swiss Roll

Apollo ni mahal sikit. Sejenis ni ja mahal sbb yang jenis salut coklat. Hat ni la yang borong utk koleksi dirumah hehe .. Semua flavor saya amik campur2 hehe. Kang kalo amik sejenis je lopong plak rak tu nanti hahah .. Nak amik dekat 50 kotak wehh. Borong haritu pon dah lopong area tu huhu .. Tapi cepat jugak depa restock sebab semnggu sebelum kenduri mai beli lagi sikit untuk back up. Tengok dah rapatt balik sampai atas rak hahahh.




 BISKUT DAN SNEK

Part ni memang best .. Mengimbau kembali zaman kanak2 yang suka makan jajan sampai rongak gigi hahah .. pantang ada duit kayuh gerek pi kedai huhu .. Harga pulak murah jugak harga borong sekarang adalah sama dengan harga kedai zaman dolu. Gitu la kot .. Gambaq random ja eh sbb banyak sangatt huhu ..


Kiri: Peanut candy ni boleh kata semua kenduri dapat hat ni hahaha .. elok sangatla dhla murah, sedap lakk

Kanan: Biskut timbang hnghh dapp. Dan2 rasa nak beli 10 tin jual decat koridor opis. Beli penimbang kecik, plastik, stapler and ssiapp ahahha bukan apa aku selalu beli biskut timbang ni 100g = RM5 kejappp je licin .. Haa meh jadi tokey plakk huhu






GULA-GULA / CANDY

Awassss..kawasann bahaya jangan sekali-kali bawak kanak2 .. Hat dewasa ni pon mengelupurrr wehh hahaha .. Berangan nak buat candy buffet bagai tapi dilupakan kerana laki ai pesan tak perlu semua tu .. Jangal membazir .. adul woe candy pembaziran. Takyah lerr buat .. Candy saya beli sikit2 ja untuk pack bagi kids. Modal pon tak sampai RM100.






SHOPPING DOORGIFT
Bawah ni gambaq time memborong untuk kenduri haritu heheh .. 3 kali bayaq sebab nak resit mengikut kategori lol. Akak cashier jeling yes hehe. Staff situ baik2 siap tolong angkat hehe .. Dua kali jugakla mai beli. Balik Perlis penuh kereta harituhh ..








Inikah kedai itueeww .. Terletak dalam NSK. Kalo nak mai boleh jugak waze ja NSK Wangsa Maju. Kedai hujungg sekali sebelah kedai borong teloq ayam. Alamat adalah seperti dibawah.

Lot 8097, Jalan Kilang, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


zoom out kedai Fantasy Jungle Food seperti dalam bulatan.



Semoga bermanfaat. Thank you ~